TAFSIR AL-QURAN

Tafsir Surah al-Fatihah (siri 1)

1.Ayat 1: Bismillahirrahmanirahim:
    Maksudnya: "dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang".
1.1 Ayat ini dimulakan dengan huruf "bi" iaitu huruf jar yang bermaksud "dengan". Segala apa yang kita niatkan dalam hati, sebutkan dengan lidah kita dan kita lakukan melalui perbuatan kita mestilah ' dengan  atau bersama atau beserta, adanya, wujudnya Allah pada setiap masa, ketika kita berdiri, ketika kita baring dan ketika kita duduk. Besarnya makna "bi" dalam perkataan ini, menunjukkan setiap manusia mesti sentiasa bersama dengan Allah yang Maha Mengetahui, Maha Mengurus, Maha Pencipta tanpa melupakan-Nya walaupun sedetik. Sekiranya kita melupakan Allah walaupun sedetik, maka ketika itu kita telah lalai dari mengingati-Nya pada hati, lidah dan perbuatan kita. Oleh sebab itulah, banyak sekali kejahatan demi kejahatan yang dilakukan oleh manusia kerana tidak mengingati Allah dan balasan-Nya di hari akhirat. Terdapat banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengingati-Nya sentiasa antaranya;

a.  "Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring." (ali-imran:191)
b. "Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah Allah dengan ingatan yang sebanyak- banyaknya.(Perbanyakkanlah mengingati Allah)." (al-ahzab:41)
c.  "Dan ingatlah Tuhanmu di dalam hatimu serta merendahkan diri dan takut, dan bukan 
dengan suara yang keras, ketika pagi dan petang dan jangan kamu termasuk orang-orang 
yang lalai." (al-a’raf:205)


Kesimpulan dari perkataan "bi" ini bermakna kita perlu sentiasa memikirkan adakah  
kehidupan kita seluruhnya berada dalam keadaan bermatlamatkan kepada Allah, melaksanakan segala perbuatan  mengikut syariat Allah, dan meletakkan segala pengharapan kepada Allah jua. Adakah kita telah menjadikan seluruh hidup kita sebagai perhambaan kepada Allah sebagaimana dalam pengertian di atas.

1.2  Perkataan Bismillah. Bermaksud "dengan nama Allah"
     Allah telah menegaskan sekali lagi ,segala  niat, perkataan dan perbuatan mesti disandarkan kepada Allah semata-mata, tidak boleh sama sekali disandarkan dengan benda-benda lain sama ada manusia, binatang atau jin dan syaitan. Tidak boleh kerana ibu bapa, anak-anak, kawan, sahabat atau suami/isteri, rumah, harta, pekerjaan dan sebagainya. Setiap sesuatu mesti hanya niat kerana Allah semata-mata. Setiap niat, perkataan dan perbuatan itu pula mestilah menepati kehendak syariat Allah dengan menjauhi segala larangan-Nya. Allah melarang kita mensyirikkan-Nya dalam semua perkara di atas. Antara firman Allah yang menjelaskannya:

a.  "Sesungguhnya mensyirikkan Allah merupakan perbuatan zalim yang amat besar." [  Luqman :13 ]
b. “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”( Surah al Jaatsiyah : Ayat 23)
c.  "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun" (Surah Al Ma’idah : Ayat 72)

Hasad dengki, iri hati, sombong, bongkak, ketakutan dan kemaksiatan berpunca daripada syirik. Bahkan seluruh penyakit dalaman diri sebenarnya bukanlah penyakit, tetapi ia merupakan kesakitan yang berpunca daripada syirik. Kelazatan dan keseronokan yang diinginkan daripada maksiat sebenarnya menjurus ke arah membuka keaiban. Keaiban yang terdedah akan menjurus ke arah kehancuran. Tuan/puan, jauhilah kita dari sifat-sifat di atas kerana dengan sifat tersebut kita telah syirik kepada Allah, maka dengan itu kita termasuk dalam golongan orang yang zalim dan habuan bagi orang yang zalim ialah di humban ke dalam neraka. Untuk itu, datangkanlah di hati kita setiap niat, perbuatan dan percakapan hanya semata-mata kerana allah atas dasar takutkan azab Allah SWT. Inilah yang dikatakan orang yang beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat.

Manakala perkataan Allah dihuraikan sebagai satu-satunya nama yang dikaramahkan Allah ialah nama-Nya sendiri ‘Allah’ yang tidak disekutukan oleh mana-mana makhluk termasuk manusia yang Islam atau bukan, yang bertamadun atau tidak. Semuanya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Allah. Inilah ajaib nama ini. 

Kata  Allah juga merupakan lambang untuk Rabb, yakni nama untuk Rabb Yang Maha Suci lagi Maha tinggi. Pendapat lain mengatakan bahwa Allah sebagai ismul a’zham karena Allah disifati oleh seluruh sifat, sebagaimana terdapat dalam firman Allah,

“Dialah Allah Yang tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada tuhan (yang berhak disembah) kecuali selain Dia, Raja Yang Mahasuci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan keamanan. Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang memiliki Keagungan, Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah yang menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai  nama-nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”(al-Hasyr:22-24)

Berdasarkan firman Allah ini, Perkataan llah yang ditujukan kepada Allah merujuk kepada Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah. Tauhid Uluhiyyah iaitu mengakui secara mutlak bahawa tiada tuhan (illah) yang layak disembah sebenar-benarnya melainkan Allah. Maksud menyembah di sini ialah tunduk dan patuh kepada semua perintah dan larangan Allah meliputi semua sama ada hati, lidah dan anggota. Ia kembali kepada maksud huraian huruf 'bi' di atas. Malah perkataan ilah ini juga merujuk kepada Tauhid Rububiyah yakni Tuhan yang sebenar-benar tuhan.  Iaitu mengakui secara mutlak bahawa hanya Allah Tuhan (illah) yang mencipta, mengurus, mentadbir, memiliki semua makhluk di alam ini, tiada suatupun terkecuali daripadanya. Ini bermakna setiap sesuatu yang terjadi kepada kita dan seisi alam ini adalah dalam perencanaan Allah SWT sama ada ia baik atau buruk. Hal ini akan mengembalikan kita, yang setiap sesuatu itu akan kembali kepada-Nya dan akan dipersoalkan sekiranya kita mensyirikan-Nya dalam apa juga niat, lisan dan perbuatan. Hal keadaan ini juga kembali kepada huraian huruf 'bi' yang telah dijelaskan di atas. Menjadi kemurkaan Allah sekiranya kira melemparkan sesuatu kejadian baik atau buruk kepada sesama manusia atau binatang kerana kita menafikan tauhid rububiyyah yang mana diyakini bahawa segala sesuatu itu dari Allah semata-mata.
Justeru itu didapati, Perkataan “ISM” adalah suatu perkataan yang menunjukkan zat atau makna. Sedangkan lafz al Jalalah, iaitu ALLAH, adalah zat yang mesti ada, suatu nama yang pokok dan penghimpun. Adapun selain daripada itu adalah sifat sifat Allah yang berkenaan dengan perbuatan mahupun dengan perkataan, yang semua itu dinamakan Asma’ al Husna atau nama nama yang indah seperti bagi perkataan ar-Rahman dan ar-Rahim.Di mana setiap nama itu bererti sifat yang menunjukkan pada zat dan sifat perbuatan. Sedangkan ism al Jalalah ini menunjukkan itu semua dengan seluruh kesempurnaan dan kesucian Nya daripada segala sifat yang berlawanan dengannya. Nama Allah Itu sendiri menunjukkan sifat zat yang bersifat Maha Sempurna dan bersih daripada segala sifat kekurangan.

  1.3  Ar-Rahmanir Rahim 
    
Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah iaitu Allah, al-Rahman dan al-Rahim. Allah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Hai manusia kamu semua fakir (berhajat) kepada Allah, dan Allah bersifat Maha Kaya lagi Terpuji.”

Al-Rahman dan al-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi sekalian makhluk. Al-Rahman dan al-Rahim apabila disekalikan sebutan memberi makna yang berbeza, di mana al-Rahman lebih umum dan di dunia ini sedangkan al-Rahim khusus untuk ahli taat di hari akhirat. Sebaliknya, apabila disebut al-Rahman atau al-Rahim  sahaja, ia mewakili antara satu sama lain seperti pendapat Syeikh Abdullah Sirajuddin di dalam tafsir surah al-Fatihah.


Hikmah dikhususkan sebutan al-Rahman dan al-Rahim dalam basmalah kerana beberapa perkara:
  • Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah, Tuhan mereka bersifat Rahman dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan ibadah memohon kepada-Nya.
  • Nama al-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan dibuktikan. Dan semua makhluk seperti manusia, jin dan lain-lain dicipta dengan rahmat Allah, justeru, dengan menghayati kalimat ini menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah.

Ar-Rahmanir Rahim ialah dua nama berindikasi pada keluasan dan kebesaran kasih sayang Allah. Di dunia, semua makhluk memperoleh kasih sayang Allah. Orang kafir sekalipun memperoleh nikmat ini. Allah Taala bersifat ar-Rahman kerana ia tidak membataskan rahmatNya itu hanya kepada orang yang beriman sahaja bahkan kepada orang kafir, binatang-binatang dan seluruh makhluk yang dijadikanNya. Semua ini, kalau tidak dengan rahmat Allah s.w.t. tidak akan dapat hidup di muka bumi ini.

Segala apa yang dilakukan seperti bergerak, memperolehi makanan dan sebagainya adalah tertakluk kepada Rahman Allah Taala. Inilah sifat maha pemurah Allah Taala, apa sahaja yang dikehendaki oleh makhluk akan diberi oleh Allah s.w.t.
Ar-Rahim pula ialah satu sifat yang khusus, kasih Allah Taala kepada orang mukmin sahaja, tidak termasuk orang yang kafir dan sekalian di bumi ini yang bukan manusia. Lahirnya sifat ar-Rahim Allah s.w.t., misalnya, orang yang beriman itu tidak rehat di dunia ini tetapi ia berehat di akhirat kelak, selepas ia diadili di yaumil mahsyar. Di dunia, ia memberi janjiNya kepada orang mukmin, maka inilah Rahim Allah Taala maksud yang tersurat dalam بسم الله الرحمن الرحيم .

Ar-Rahman artinya Dzat Yang Maha Pengasih. Makna Ar-Rahman adalah Yang Maha Luas kasih sayang-NyaAr-Rahim artinya Dzat Yang Maha Penyayang. Makna Ar-Rahim adalah Yang mencurahkan kasih sayang kepada hamba - hamba yang dikehendakinya didunia dan diakhiratAr-Rahman adalah sifat Allah Subhanahu wa ta'ala. Sedangkan Ar-Rahim adalah perbuatan Allah Subhanahu wa ta'alaJika didalam ayat disebut ar-Rahman saja, atau ar-Rahim saja, maka makna nya meliputi sifat dan perbuatan-Nya. Dan jika disebut keduanya secara bersamaan, maka ar-Rahman ditafsirkan sebagai sifat dan ar-Rahim ditafsirkan sebagai perbuatan-Nya.

Gambaran luasnya rahmat Allah Subhanahu wa ta'ala. Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda  yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat, Dia turunkan 1 rahmat-Nya kepada jin, manusia, binatang ternak dan serangga. Dengan rahmat itulah mereka saling mengasihi, menyayangi dan dengan nya binatang buas menyayangi anaknya. Allah mengakhirkan 99 rahmat-Nya untuk merahmati hamba-hamba-Nya pada hari kiamat." [Shahih : Muttafaq 'Alaih]


Faedah dari ayat 3 :
1. Penetapan dua nama Allah Subhanahu wa ta'ala yakni Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
2. Penetapan sifat ar-Rahmah (kasih sayang) dan perbuatan mencurahkan kasih sayang yang terkandung didalam ar-Rahman dan ar-Rahim.
3. Penetapan bahwasanya rububiyyah Allah ditegakkan atas dasar kasih sayang-Nya yang Mahaluas yang tercurah atas para makhluk-Nya.
4. Penetapan luasnya rahmat Allah Subhanahu wa ta'ala.
Kesimpulan dari perbahasan di atas adalah  ar-Rahman menegaskan Allah itu Maha Pengasih kerana Allah memberi rahmannya kepada semua makhluk di bumi tanpa mengira mereka beriman atau mereka kufur kepada Tuhannya. Manakala Ar-Rahim pula menjelaskan betapa luasnya kasih sayang Allah kepada orang mukmin sehingga Allah menjaga mereka, memelihara mereka, mengurus mereka, memberi peraturan dan disiplin kepada mereka, memperingatkan tentang dosa dan pahala,menerangkan tentang hukum-hakam syariat Islam supaya orang Islam tidak melanggarnya. Allah juga sentiasa memberi peringatan demi peringatan, ganjaran dan balasan, malah mendatangkan ujian demi ujian, musibah demi musibah untuk memastikan hamba yang dikasihinya sentiasa bersamanya, sentiasa mengingati-Nya, sentiasa taat dan patuh kepada suruhan dan menjauhi larangan-nya agar mereka mendapat nikmat yang berganda di akhirat kelak. Demikianlah luasnya rahim Allah SWT taala

Persoalannya sekarang, adakah kita termasuk dalam golongan orang yang beriman, beriman kepada Tauhid Uluhiyyah dan rububiyah, beriman dengan basamalah, beriman dan Allah, Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan balasan-balasan di akhirat yang dijanjkan oleh Allah sekiranya kita masih memisahkan hati kita, lisan kita dan perbuatan kita dari takarrub kepada Allah semata-mata dengan melakukan segala perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT seperti sombong, bongkak, angkuh, jahil, hasad dengki, iri hati, menghina, memfitnah, buruk sangka dan seumpamanya sama ada kita berbuat demikian atau kita menyokong perbuatan demikian atau kita diam, hukumdi sisi Allah sama sahaja.

1.4 Kelebihan Bismillah.
Berdasarkan kepada Tafsir al-Jailani antara kelebihannya ialah

1.4.1 "Sesungguhnya surat itu dari Sulaiman dan isinya: " Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." (an-Naml 27:30)

1.4.2  Dalam riwayat 'Atha'dari jabir ibn Abdullah r.a. dikisahkan, 

"Ketika bismillahirrahmanirrahim diturunkan ke dunia, awan mendung bergerak ke timur, angin berhenti bertiup, air laut pasang, haiwan haiwan memasang telinganya, syaitan2 terlempar dari langit, dan Allah bersumpah demi keagunganNya jika namanya tidak disebut pada sesuatu kecuali Dia akan menyembuhkannya dan memberkahinya. Dan barangsiapa mengucapkan bismillahirrahmanirrahim, nescaya dia akan masuk syurga."




1.4.3 Diriwayatkan pula dari Anas ibn Malik r.a., bahwa Rasullullah saw. bersabda,
 " Barangsiapa memungut kertas bertulis basmallah dari tanah dengan niat agar ia tidak terinjak maka disisi Allah ia tercatat pahala orang shiddiq dan siksaan kedua orang tuanya akan diringankan meskipun mereka musyrik."

1.4.4 Salim ibn Abu al-Ju'd, mengisahkan bahwa pada suatu waktu Ali ibn Abi Thalib pernah berkata, ketika ayat basmalah diturunkan, Rasullullah bersabda,
 " Awalnya, bismillahirahmanirrahim diturunkan kepada Nabi Adam a.s. sehingga dikatakan, apabila anak cucunya membaca bismillahirahmanirrahim, mereka akan aman dari azab Allah. Kemudian diangkat kembali, dan diturunkan kembali kepada Ibrahim. Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam kobaran api, ia kemudian membaca kalimat itu dan api pun menjadi dingin, tidak membakar. Kemudian di angkat kembali ke langit dan baru diturunkan kembali kepada Nabi Sulaiman. Ketika itu, para malaikat berkata, 'Demi Allah, sekarang kerajaanmu telah sempurna!' Kemudian kalimat itu diangkat lagi, dan Allah berkenan menurunkannya kembali kepadaku."

1.4.5 Makhluk pertama yang diciptakan Allah ialah Lauh Al-Mahfuzh dan Qalam. Kemudiannya diperintahkan untuk menulis segala sesuatu yang akan terjadi hingga hari kiamat di atas Lauh Al-Mahfudzh, dan yang pertama kali ditulisnya adalah bismillahirahmanirrahim. Allah kemudiann menjadikan ayat tersebut sebagai jaminan keamanan bagi seluruh makhluk-Nya selama mereka membacanya, dan kalimat ini pun menjadi bacaan seluruh penghuni 7 langit, penghuni ashshafh al-a'la, penghuni suradiqat al-majd, al-kurawiyyin, ash-shafiyyin dan al-musabbihin.

1.4.6 Imam Abu Muhammad Abdurrahman bin Abi Hatim rahimahullah meriwayatkan dengan sanadnya dari Utsman bin Affan, ”Rosulullah SAW ditanya tentang Bismillah maka beliau menjawab, ’Ia merupakan salah satu nama Allah. Jarak antara Dia dan Nama Yang  Agung itu hanyalah seperti antara bagian hitam dan bagian putih pada mata, karena demikian dekatnya”


1.4.7. An-Nasa’I meriwayatkan dalam al Yaumu wal-Lailah dan Ibnu Mardawih dalam tafsirnya dari hadis Khalid al-Hadza’ dari al-Hujaimi, dari Abu Malih bin Usamah bin Umair, dari ayahnya dia berkata, ’’Aku membonceng pada kendaraan Nabi SAW. karena terjatuh Aku berkata, ’setan celaka, ’Maka beliau bersabda’ Jangan berkata demikian karena setan akan membesar hingga sebesar rumah, tetapi katakanlah’bismillah’ karena ia akan mengecil seperti lalat. "Hal itu karena pengaruh dari berkah basmalah.

1.4.8 Disunahkan membaca basmalah ketika masuk WC, memulai wudhu, makan dan menyembelih. Khusus untuk menyembelih, sebagian ulama mewajibkannya. Disunahkan pula ketika hendak berjimak karena ada keterangan dalam sahihain dari Ibnu Abbas bahwasannya Rosulullah SAW bersabda ”Apabila kamu hendak mencampuri istrimu, maka katakanlah, Dengan Nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami dari setan dan jauhkan setan dari apa Yang Engkau anugerahkan kepada kami. ’jika Allah menakdirkan anak melalui hubungan keduanya, maka anak itu tidak akan di ganggu setan selamanya.” (HR Bukhari  dan Muslim).

Sekian Wassalam. akan bersambung untuk ayat berikutnya. Insha Allah.




No comments:

Post a Comment