Thursday 23 July 2015

Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Siri 2

Majlis Sumbangan Hari Raya siri 2

Tarikh: 12/7/2015
Masa: 10 pagi
Tempat: Surau Sri Pulai,

Terima kasih kepada semua penyumbang. Penerima sumbangan terdiri dari anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal , OKU dan ahli tadarus sepanjang ramadan. Majlis dimulai dengan khatam al-Quran, tazkirah dan penyerahan sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi Unit Mubalighat Serdang, Ustazah Saharizah Mohamad Salleh. Beliau juga menyampaikan duit raya kepada anak-anak sebagai galakkan untuk menuntut ilmu.









Sumbangan Hari Raya untuk Fakir miskin dan anak yatim Siri 1





Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada anak-anak Yatim, Fakir Miskin
di Surau al-Firdaus Taman Desa Serdang. Pada 11/6/2015. Jam 10 pagi.

Terima Kasih kepada semua para penyumbang. Semoga Allah memberi rezeki yang berlipat ganda.InsyaAllah

Sunday 24 August 2014

Berita Terkini

Assalamualaikum ahli UMJS,
Saya doakan kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat di samping mengerjakan ibadat individu dan ibadat untuk mengajak orang lain beribadat. Insha Allah. Beberapa aktiviti telah berlaku dalam bulan ini antaranya;

1.Alhamdulillah syukur kepada Allah, Mesyuarat UMJS kali pertama telah berjalan dengan lancarnya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran sahabat sekelian. Semoga masa, tenaga dan idea yang kita curahkan selama lebih kurang separuh hari itu menjadi sebahagian dari amal jariah kita di akhirat nanti. Insha Allah.

Alhamdulillah juga , dalam mesyuarat tersebut telah terbentuk satu jawatan kuasa yang bertenaga bagi memacu kecemerlangan UMJS dalam melaksanakan amanah Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Semoga dengan usaha kita yang bersungguh-sungguh ini, menjadi jawapan kepada Allah ketika berhadapan dengan-Nya di Mahkamah Agong Allah nanti. Insha Allah.

Untuk itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat sekelian, saya menyeru kepada semua manusia yang diutuskan oleh Allah SWT di bumi Allah  ini agar melaksanakan firman Allah yang bermaksud; hendaklah ada di kalangan kamu segolongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah manusia dari membuat keburukan, merekalah orang yang berjaya". semoga kita semua termasuk dalam golongan ini. Insha Allah. Jawatan kuasa baru akan muncul diblog beberapa hari lagi dalam page: about me dan keahlian.  insha Allah

2. Sahabat sekelian, beberapa "post" terkini yang boleh dilawati dalam blog ini iaitu "page: Tafsir al-Quran" tulisan tentang tafsir Bismillah, "page: aktiviti, dan page: keahlian".

3. Semua ahli dialu-alukan untuk menulis sebarang artikal dalam blog ini . Sila hubungi admin untuk tujuan tersebut.

Sekian Terima kasih. Assalamualaikum.

Wednesday 13 August 2014

Ucapan Alu-aluan



Assalamualaikum Wrt /Selamat Sejahtera

Selamat Datang ke Blog Unit Mubalighat Jais Kawasan Serdang.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpahan rahmat dan kasih sayang Allah SWT yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Pada hari ini dan jam ini, saya telah berusaha membuka sebuah laman blog yang ringkas sebagai langkah permulaan untuk meneroka  alam dakwah.

Saya mohon semua umat Islam yang bercita-cita menjalankan amanah Allah untuk menjadi da'i menggunakan laman ini agar setiap ilmu yang kita miliki sewajibnya kita sampaikan kepada semua orang tanpa mengira mereka beragama apa. Ini kerana kita percaya dengan kitab Allah dan kitab Rasululllah yang memerintahkan kita menyampaikan ilmu kita walaupun satu ayat.

Tuan/puan sekelian, berazamlah di hati kita yang kita akan menyokong dan memberi kerjasama sewajarnya kepada semua bentuk aktiviti dakwah kerana kita tiada pilihan untuk menolaknya. Suka atau tidak, kita wajib berkerjasama dengan bersungguh-sungguh hatta mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit kita demi menolong agama Allah. Allah pasti tidak akan menerima apapun alasan kita untuk menolak apa lagi menentang dan menghalang segala bentuk aktiviti dakwah yang hendak dijalankan oleh sesiapapun jua kerana mereka ingin melaksanakan amanah yang Allah pertanggungjawabkan kepada kita semua. Adakah kita sanggup bersikap enggan melaksanakan amanah Allah ini, malah ditambah pula dengan sikap menghalang, mengganggu, tidak menyokong malah memfitnah segala aktiviti dakwah dan para pendakwahnya. Alangkah malangnya dan ruginya kita jika bersikap demikian.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak, takutlah kepada Allah dan takutlah kepada azab Allah di hari akhirat kelak kerana ketika itu mulut kita tidak mampu memberi sebarang dalih atau alasan untuk menyokong tindakan kita di dunia yang menyokong segala bentuk halangan, menghalang, berdiam diri, atau seumpamanya terhadap sebarang aktiviti dakwah yang dilaksanakan oleh sesiapapun jua. Fikirkanlah dan  rebutlah, inilah peluang kita untuk meraih pahala di jalan Allah SWT .

Sekian Terima Kasih

Saharizah Mohamad Salleh
Pengerusi
Unit Mubalighat Jais
Kawasan Serdang.