Wednesday 13 August 2014

Ucapan Alu-aluan



Assalamualaikum Wrt /Selamat Sejahtera

Selamat Datang ke Blog Unit Mubalighat Jais Kawasan Serdang.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpahan rahmat dan kasih sayang Allah SWT yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Pada hari ini dan jam ini, saya telah berusaha membuka sebuah laman blog yang ringkas sebagai langkah permulaan untuk meneroka  alam dakwah.

Saya mohon semua umat Islam yang bercita-cita menjalankan amanah Allah untuk menjadi da'i menggunakan laman ini agar setiap ilmu yang kita miliki sewajibnya kita sampaikan kepada semua orang tanpa mengira mereka beragama apa. Ini kerana kita percaya dengan kitab Allah dan kitab Rasululllah yang memerintahkan kita menyampaikan ilmu kita walaupun satu ayat.

Tuan/puan sekelian, berazamlah di hati kita yang kita akan menyokong dan memberi kerjasama sewajarnya kepada semua bentuk aktiviti dakwah kerana kita tiada pilihan untuk menolaknya. Suka atau tidak, kita wajib berkerjasama dengan bersungguh-sungguh hatta mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit kita demi menolong agama Allah. Allah pasti tidak akan menerima apapun alasan kita untuk menolak apa lagi menentang dan menghalang segala bentuk aktiviti dakwah yang hendak dijalankan oleh sesiapapun jua kerana mereka ingin melaksanakan amanah yang Allah pertanggungjawabkan kepada kita semua. Adakah kita sanggup bersikap enggan melaksanakan amanah Allah ini, malah ditambah pula dengan sikap menghalang, mengganggu, tidak menyokong malah memfitnah segala aktiviti dakwah dan para pendakwahnya. Alangkah malangnya dan ruginya kita jika bersikap demikian.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak, takutlah kepada Allah dan takutlah kepada azab Allah di hari akhirat kelak kerana ketika itu mulut kita tidak mampu memberi sebarang dalih atau alasan untuk menyokong tindakan kita di dunia yang menyokong segala bentuk halangan, menghalang, berdiam diri, atau seumpamanya terhadap sebarang aktiviti dakwah yang dilaksanakan oleh sesiapapun jua. Fikirkanlah dan  rebutlah, inilah peluang kita untuk meraih pahala di jalan Allah SWT .

Sekian Terima Kasih

Saharizah Mohamad Salleh
Pengerusi
Unit Mubalighat Jais
Kawasan Serdang.

No comments:

Post a Comment